Buku Mukmin Profesional 2024

PRE ORDER, Penghantaran pada 15 April 2024
Antara testimoni peserta Mukmin profesional yang diterapkan praktis pengukuhan isi kandungan buku Mukmin Profesional kepada mereka.
1) Mej Jen. Dato ’ Haji Nawawi Haji Daud
Mantan Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera
Pada
hemat kami, Fitrah Perkasa adalah sebuah Training Consultance yang istimewa,
mempunyai modul bina insan yang efektif, meraikan nilai- nilai sunnah yang
menjadi teras pembentukan peribadi muslim yang seimbang dan berjaya. Semoga
Fitrah Perkasa dan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi akan terus maju jaya dalam
membantu klien mencapai dua matlamat hidup di Dunia, senang dan tenang dan dua
matlamat hidup di Akhirat, Redha Allah dan Syurga.
2) Haji Johar Yusof
President
ASMA Advanced Solutions LLC Leads The International Team
Saya kira
buku Mukmin Profesional : Celik
Mata Hati adalah lanjutan
dari program motivasi
KPPD yang dianjurkan
oleh pihak fitrah perkasa. Syabas, ini
adalah satu usaha yang sang murni, yang
mana dapat menolong
para profesional muslim menambah ilmu
pengetahuan, membina jatidiri
yang lebih kukuh dan
akhirnya meningkatkan taraf
profesionalisme mereka ke paras
tertinggi iaitu sebagai Mukmin
Profesional.
3) Azlina Binti Mohd Rashad
Ketua
Pegawai Korporat MBSB Bank
Program
Mukmin Profesional adalah satu-satunya program yang berupaya meninggalkan kesan
dalam diri saya. Walaupun telah bertahun menjalani program tersebut, kata
nasihat, pengajaran dan mesej yang disampaikan masih kekal di dalam ingatan serta
berjaya merungkai secara terperinci tujuan kita dijadikan Allah dan mengaitkan
penciptaan tersebut dengan segala
perbuatan yang kita lakukan seharian. There has never been a
separation and our
purpose is not defined to
strictly 5 prayers a day. Inilah
yang ingin disampaikan dalam Program Mukmin
Profesional dan bagaimana
pengabdian kita kepada Allah boleh
di zahirkan melalui setiap
perbuatan kita, kecil atau besar, wajib atau sunat di masjid atau di pejabat, sendirian ataupun bersama
keluarga dan teman. Saya sangat
menganjurkan agar kesemua syarikat yang turut mengambilkira
keperluan kakitangan untuk
menuntut ilmu agar mencuba program latihan Mukmin Profesional kerana
segala manfaat akan dapat juga
diperolehi syarikat. Apabila pekerja memahami sepenuhnya konsep
ibadah di mana mematuhi arahan majikan juga merupakan satu kewajiban dan satu
ibad-ah. Insya-Allah, syarikat akan turut memperolehi manfaat.
4) Dr. Nik Roskiman Abdul Samad
Felow Kanan Tasawwuf & Etika Pentadbiran Siyasah, Institut Kefahaman
Islam Malaysia (IKIM)
Alhamdulillah
, bengkel pembangunan Insan
Cemerlang modul ‘Mukmin
Profesional’ Fitrah Perkasa
adalah program motivas
terbaik yang pernah
saya hadiri berbanding
program yang lain. ia mempunyai kelainan kerana mampu, Insya-Allah
membawa kesedaran untuk
terus disemarakkan walaupun
setelah masa berlalu
beberapa waktu. Mukmin
Profesional dapat menambah ilmu
pengetahuan, membina jati
diri, yang lebih mantap dan
akhirnya meningkatkan
profesionalisme kerjaya masing-masing. individu yang
cemerlang peribadi dan jelas
Visi dan Misi hidupnya
sahaja mampu menjadi
pekerja yang berdisiplin
dan berdedikasi atau yang diistilahkan sebagai ‘Mukmin
Profesional.
5) Prof Dr Hj Jamel Hj Othman, Professor, Jabatan Automasi Industri, Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute
Program
Mukmin Profesional dapat memberikan kefahaman yang sangat jelas tentang
bagaimana manusia hidup di dunia ini untuk menjadi sebagai hamba dan khalifah
kepada Allah. Keberkesanan penyampaian amat mudah difahami dan sangat memberi
kesan kepada peserta kursus untuk berubah dan terus memperbaiki diri, keluarga
dan organisasi ke arah kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
6) Puan Hajjah Roslinah Binti Abu Bakar
Mantan Ketua
Seksyen Pengurusan Kualiti, Keselamatan dan Latihan Jabatan Khidmat Pelanggan
Ranhill SAJ Sdn. Bhd.
Syukur,
Alhamdulillah diberi kesempatan oleh
Allah mendapat anugerah ilmu dari Modul Mukmin Professional adalah satu-satunya
modul terbaik di abad ini. Pentarbiahan yang baik dari
sumber Al-Quran dan Hadis dalam melakari
kehidupan hidup
insan.Konsistensi pengajaran yang mantap
dari Tenaga Pengajar yang hebat melalui pengalaman pelbagai versi. Amalan kehidupan yang sangat efektif
sebagai bekalan di hari
akhirat dan menyampaikan dakwah kontemporari kepada seluruh ummah.
7) Norhayati Binti Arifin
Mantan Pengurus
SLA & Training Unit Cargo Department Keretapi Tanah Melayu Berhad ( KTMB)
Program
Mukmin Professional satu program yang Esklusif, luar biasa dan terbukti perubahan insaniah yang
menakjubkan. Bersyukurlah, bagi anda pilihan Allah agar dapat menjadi Islam
Mukmin yang hebat melalui program ini. Pengalaman meneroka program yang unggul
dan bernilai dalam menyemarakkan ketakwaan dan keimanan kepada Pencipta kita
iaitu Allah.
8) Syed Mohd Norhisyam
Tuan Padang
Personaliti
Radio & TV , Pembimbing Tabung Haji Travel & Pendakwah
Bebas
Selain berceramah di Surau dan Masjid, saya juga turut dijemput ke pejabat-pejabat . Alhamdulillah, Buku Mukmin Profesional sangat membantu kerana ia menggabungkan kombinasi ilmu keagamaan & pengurusan moden. Ia mampu meningkatkan motivasi para pekerja untuk mencari kecemerlangan dan keberkatan dalam tugasan masing - masing.