Korban Fitrah 2023 M bersamaan 1444H di India

Korban Fitrah 2023 M bersamaan 1444H di India



Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: 

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi]


Jom Bantu Saudara Muslim Kita di INDIA!


Pengenalan

India adalah sebuah negara yang memiliki sekitar 174 Juta Umat Islam (iaitu 16.4% daripada penduduk India)...dan negara kedua terbesar Umat Islam paling ramai selepas Indonesia...




Walaupun Umat Islam di India adalah sebanyak 16.4% daripada jumlah keseluruhan penduduk di India, angka ini masih MINORITI dan 'tidak kuat' berbanding agama lain di India.

Pelbagai isu yang seingkali kita dengar...penindasan terhadap Umat Islam di India...pembunuhan beramai-ramai Umat Islam...anak-anak Umat Islam yang pergi sekolah tidak dibenarkan memakai tudung....dan bermacam-macam lagi penindasan terhadap Umat Islam di India telah dilakukan dengan sewanang-wenangnya!


Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Hujurat, Ayat 13 :

إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا۟ بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ


"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat."


Bagaimana KITA sebagai rakyat Malaysia ingin membantu saudara-saudara seagama kita di India??

Adakah cukup sekadar kita 'simpati' namun tiada 'empati'/tindakan dari kita untuk membantu mereka?



Jom Bersama Kami Laksana Ibadah Qurban 2023


di India bersama Fitrah Perkasa Sdn Bhd

dengan Kerjasama Pusat Pengajian MyQuran (PPMQ)


1 bahagian RM330 sahaja!!!





Kenapa Laksana Ibadah Quban bersama Fitrah Perkasa Sdn Bhd?


Fitrah Perkasa Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti perkhidmatan Latihan dan Motivasi semenjak tahun 1998 sehingga kini masih bergiat aktif dalam dunia dakwah kontemporari.


Kami terpanggil untuk turut sama 'turun padang' dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan Umat Islam dan Ibadah Qurban merupakan suatu 'wadah' untuk kami melebarluaskan lagi mesej dakwah.


Kenapa Ibadah Qurban menjadi 'wadah' atau 'medan dakwah' kepada kami??


Ya...sudah dimaklumi, telah banyak syarikat-syarikat ternama yang telah menjalankan aktiviti Ibadah Qurban samada di dalam negara mahupun luar Negara...


Niat kami bukan untuk 'mengambil peluang' hanya semata-mata mengaut keuntungan 'duniawi'/keperluan sahaja...namun yang lebih besar ialah untuk membuka 'minda dan hati' umat Islam di Malaysia khususnya bersama-sama menghayati 'ibrah' atau pengajaran daripada Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim yang diterjemahkan kepada Ibadah Qurban...


 Mesej yang ingin kami sampaikan adalah....laksanakanlah Ibadah Qurban (Sunat Muaa'kad) ini bukan sekadar 'ritual' tahunan/ budaya tahunan....namun yang lebih jelas adalah laksanakan Ibadah Qurban ini dengan HATI yang benar-benar ingin melaksanakan Ibadah Qurban sebagai TANDA CINTA KEPADANYA!


Ibadah Qurban adalah suatu TANDA kita selaku hamba kepadaNya...yang sanggup BERKORBAN demi keranaNya!!!


Kami Uruskan Sendiri dan Turun Padang ke LOKASI QURBAN!


Untuk makluman semua, pihak kami yang diwakili oleh Ustaz Hj Hashim Ahmad, telah berpengalaman hampir 10 tahun dalam melaksanakan Ibadah Qurban di luar negara antaranya adalah negara Kemboja...

Pada tahun ini, destinasi seterusnya adalah negara India...kerana di negara ini, umat Islam nya lebih ramai dengan pelbagai kekangan dan isu yang kita sering dengari...maka kami terpanggil untuk melaksanakan Ibadah Qurban pada tahun ini di negara India... 

Atas dasar AMANAH dan bagi memastikan Ibadah Qurban yang dilaksanakan benar-benar dilaksanakan dengan sempurna, wakil kami iaitu Ustaz Hj Hashim Ahmad bersama rakan-rakan dan krew perlaksanaan TURUN PADANG ke India untuk menguruskan sendiri perlaksanaan qurban demi memastikan semuanya dilaksanakan dengan SEBAIKNYA!




Tarikh Tutup Penyertaan?


Tarikh tutup penyertaan bagi Ibadah Qurban di India tahun 2023 M bersamaan 1444H adalah pada

27hb Jun 2023



Jom Bantu Saudara Muslim Kita di INDIA!

Jom Bantu Saudara Muslim Kita di India

Jom Bantu Saudara Muslim Kita di India


PERHATIAN : Sebelum anda membuat pembayaran kepada pihak 

FITRAH PERKASA SDN BHD, berikut adalah AKAD 

yang perlu dibaca dan dilafazkan dahulu

oleh para peserta yang ingin menyertai Ibadah Qurban Fitrah;



IJAB QABUL QURBAN


Saya seperti nama di atas ingin mewakilkan perlaksanaan QURBAN / AQIQAH

pada tahun 2023 M bersamaan 1444 H kepada pihak syarikat 

FITRAH PERKASA SDN BHD 

melalui Ibadah Qurban Fitrah atas nama-nama seperti di bawah (Sebutkan Nama-Nama yang ingin dimasukkan sebagai peserta Ibadah Qurban)




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Waiting List. Lembu India (RM330/1bahagian) Quota tambahan. Tiada bayaran. Anda akan dihubungi.
HABIS STOK
Lembu India (RM330/1bahagian)
HABIS STOK
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


Maklumat Peniaga

Fitrah Perkasa Sdn Bhd
fitrahonpay@gmail.com
+601155823200
Hi Admin.