Mukmin Profesional: Bahagian 1, Celik Mata Hati

Mukmin Profesional:   Bahagian 1, Celik Mata Hati

Buku MUKMIN PROFESIONAL telah saya kemas kinikan dengan fakta, hujah dan input yang baru. Buku itu telah menjadi lebih tebal daripada buku sebelumnya. 

Dengan penambahbaikkan itu terhasillah dua buah buku baru -

    1. Mukmin Profesional: Bahagian 1, Celik Mata Hati.

dan buku akan datang

    2. Mukmin Profesional: Bahagian 2, Langkah Memperbaiki Diri. (belum di terbitkan)


Saya berdoa kami akan lebih komited dengan perjuangan menyebarkan ilmu dan amal ke tengah masyarakat berbanding keinginan hanya untuk mengutip keuntungan komersial.

Menyebarkan ilmu dan tarbiah merupakan tanggungjawab, yakni tugas menggalas amanah walau dalam keadaan apapun - samada dalam keadaan ringan atau berat, untung atau rugi, susah atau senang. Islam itu jadi matlamat, keuntungan jadi alat dan bukan sebaliknya. 

Berikut adalah petikan, dalam mukaddimah buku tersebut: 

"Antara sunnah besar yang kita perlu teladani daripada Rasulullah SAW adalah perasaan simpati dan empati Baginda yang begitu mendalam terhadap umat ini. Inilah yang dimaksudkan dalam ayat al-Quran yang bermaksud, “Telah datang kepada kamu, seorang Rasul yang sangat berat dan sangat inginkan kebaikan buat kamu.” (Surah At-Taubah 9: 128)

Rasulullah SAW seorang yang penuh dengan kasih sayang dan penuh dengan belas ihsan. Jika peribahasa Melayu mengungkapkan, “Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”, namun apa yang dirasai oleh Rasulullah lebih berat daripada itu, “Berat bahu yang memikul, berat juga mata Rasulullah SAW yang memandang”. 

Rasulullah inginkan kebaikan buat kita. Rasulullah sangat prihatin dan sangat risau terhadap nasib umat ini. Bayangkan pada usia 39 tahun, Rasulullah sangat kaya. Perniagaan Rasulullah sudah tiba ke kemuncaknya, bak kata orang sekarang, sudah di tahap ‘financial freedom’. 

Pada tahap itu, Rasulullah tidak lagi bekerja untuk duit tetapi duit telah datang dengan sendirinya kerana di bawah perniagaan Rasulullah ada peniaga-peniaga yang telah dilatih dengan begitu baik sekali. 

Tetapi, sejarah membuktikan bahawa pada usia 39 tahun itulah Rasulullah berada di kemuncak kebimbangan dan kegelisahannya melihat umat ini. Oleh sebab itu, Rasulullah tidak tega dan tidak rela lagi untuk melihat perjudian, arak, zina dan amaaln membunuh bayi perempuan dalam kalangan Arab jahiliah sehingga Rasulullah mengambil keputusan untuk ‘bertahanuts’ di Gua Hira’. 

Bermakna ketika di puncak kekayaan (yang sepatutnya waktu itulah Baginda menikmati kekayaan dan senang-lenang), sebaliknya Rasulullah SAW sangat bimbang nasib umatnya. 

Ini berbeza daripada sebahagian orang-orang kaya masa kini. Orang kaya sekarang, apabila sudah berada di puncak kekayaan, waktu itulah bukan sahaja mereka lupa pada nasib orang lain bahkan lupa pada diri mereka sendiri. Berbagai-bagai perlakuan yang tidak berfaedah mereka lakukan dengan kekayaan yang melimpah-ruah itu. 

Tegasnya, sunah yang terbesar yang harus kita amalkan masa kini adalah sikap prihatin – bukan sahaja simpati dan memahami tetapi perlu empati dan merasai – kesusahan umat Islam yang lain. 

Umat Islam di seluruh dunia sedang menghadapi kemunduran dari dua sudut. Pertama, dari sudut kerohanian ataupun spiritual. Yang kedua, Islam juga mundur dari sudut fizikal dan juga material. 

Setiap tahun kedudukan Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Preception Index (CPI) yang paling tinggi yakni paling kurang mengamalkan rasuah, dan tentunya paling tinggi integritinya, ialah negara-negara bukan Islam. 

Negara-negara yang di kedudukan 20 ke atas, iaitu yang paling tinggi integritinya, ialah New Zealand, Finland, Switzerland dan lain-lain. Negara-negara ini semua tinggi kadar integritinya. Malaysia, di manakah agaknya kedudukan Malaysia? 

Pada tahun 2017, Malaysia sudah jatuh dari tangga ke-55 menjadi tangga ke-62. Manakala negara-negara yang paling corot, lima ke bawah ialah negara-negara umat Islam seperti Somalia, Yaman dan negara umat Islam yang lain. Integriti (amanah) ini ada kaitannya dengan iman – tidak ada amanah, petanda tidak ada iman. Ertinya, negara-negara umat Islam ada masalah dari sudut kerohanian. Jika tidak, masakan kadar rasuah terlalu tinggi di negara-negara umat Islam? 

Kemudian lihat bagaimana kedudukan institusi keluarga di Malaysia. Institusi keluarga ini sangat penting kerana jika kita ingin melihat sesebuah negara itu dalam keadaan baik ataupun sebaliknya, lihat bagaimana institusi keluarga di negara itu. 

Menurut data yang dikeluarkan oleh JAKIM pada tahun 2009, setiap 15 minit akan berlaku satu perceraian di negara umat Islam. Pada tahun 2015, Jabatan Kehakiman Syariah mengeluarkan data dari bulan Januari hingga Oktober 2015 yang mencatatkan suatu dapatan yang lebih menggerunkan, iaitu setiap 11 minit akan berlaku satu perceraian. 

Rosaknya sesebuah institusi keluarga juga dizahirkan melalui ramainya anak yang tak sah taraf atau anak luar nikah. Pada tahun 2006 sehinggalah sekarang, bilangan anak tak sah taraf adalah seramai 543,000 orang, iaitu lebih setengah juta. Ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang silap, salah dan yang sangat negatif sedang berlaku dalam institusi rumah tangga umat Islam. 

Fakta dan data ini bukan untuk menakut-nakutkan. Sebaliknya, kita mesti berani mengakui bahawa kita ada kelemahan. Daripada pengakuan kita atas kelemahan inilah, baru kita dapat membawa satu perubahan ataupun pembetulan. Selagi kita dibelenggu oleh deny sindrome (sindrom penafian), selagi itulah kita tidak akan dapat membawa apa-apa perubahan. 

Syarat pertama seseorang itu hendak berubah, dia mesti mengakui kelemahan dirinya. Begitu juga di peringkat ummah. Jika kita enggan mengakui kelemahan diri kita, sampai bila-bila kita tidak akan berubah. Justeru, semua data ini menunjukkan yang kita ada masalah dalam kerohanian kita. 

Saya juga ada terbaca fakta tentang negara-negara yang paling kurang kadar pembaziran makanan. Ya, Allah ciptakan makanan cukup untuk semua orang. Tetapi masalahnya, bukan makanan tidak cukup, tetapi kerana kurangnya pengagihan yang betul dan berlakunya pembaziran makanan. Negara yang paling kurang pembaziran, sekali lagi bukan negara umat Islam, iaitu Perancis. 

Ternyata, kadar pembaziran yang rendah berbanding negara-negara umat Islam, menunjukkan kita masih belum menghayati apa yang dimaksudkan oleh Al-Quran, “Sesungguhnya membazir itu saudara kepada syaitan”.

Sekarang, mari kita lihat dari sudut ekonomi pula. Ini juga sangat menyedihkan. Negara-negara yang diancam oleh kebuluran, kemiskinan dan tahap pendidikan yang rendah, masih didominasi oleh negara-negara umat Islam. Negara yang diancam krisis perang saudara, Syria, Afghanistan, Palestin, Arakan dan sebagainya, semuanya negara umat Islam. Inilah realitinya. 

Begitu juga jika kita lihat di Malaysia. Sejak kita merdeka pada tahun 1957, dan selepas peristiwa 13 Mei 1969, kita begitu giat untuk meningkatkan tahap ekonomi orang-orang Melayu. Contohnya, kita mempunyai satu dasar, iaitu DEB (Dasar Ekonomi Baru). Dasar Ekonomi Baru ini adalah untuk menggalakkan dan mendorong Bumiputera menguasai 30 peratus ekuiti kekayaan di tanah air kita ini.

Namun, dengan segala tongkat, segala subsidi yang diberikan, segala bantuan yang diberikan melalui MARA, FELDA, FELCRA dan sebagainya, 30 peratus yang diperuntukkan sampai sekarang pemilikan itu masih belum dapat dicapai. Inilah yang mewajarkan kita berfikir; apa sebabnya dan di mana silapnya. Sedangkan kalau kita lihat hadis Rasulullah SAW yang menegaskan, “Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.”

Jadi, kenapa kita yang sudah memeluk agama Islam ini masih rendah kedudukannya? Kita juga diajak ke arah kecemerlangan sekurang-kurangnya 10 kali dalam sehari, iaitu dalam kalimah hayya ‘alal falah – kalimah azan. Agama-agama lain, seperti Kristian, Buddha dan Hindu tidak ada ajakan kepada kecemerlangan secara direct, namun kita umat Islam sememangnya diajak. 

Malah, awal-awal lagi, seorang bayi Islam yang lahir sahaja sudah diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya. Terbukti, sememangnya kita diajak kepada kejayaan – hayya ‘alal falah – sejak di awal usia lagi. Namun mengapa kita masih tertinggal di belakang? Apakah masalahnya? " 

Ikutilah sambungannya dengan memiliki sendiri buku Mukmin Profesional: Bahagian 1, Celik mata hati sekarang.
Dan insyaAllah, buku kedua mukmin Profesional: 7 Langkah Memperbaiki diri akan terbit selepas bulan Mei ini.


Pahrol Mohd Juoi

Penulis.


Harga Buku Mukmin Profesional Bahagian 1, Celik Mata Hati:

Biasa RM25.00 seunit


Promosi Sekarang

RM23.00 seunit

beserta tandatangan penulis.


Ya, lagi banyak unit anda beli, lagi banyak diskaun anda terima.

Bantuan: 011-5505 8300


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Buku Celik Mata Hati MP01
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Pengendalian (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel fitrahonpay@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaFitrah Perkasa Sdn Bhd
No. Akaun8602367723
Buka CIMB Clicks  
PenamaZalani Maju Enterprise
No. Akaun562508524747
Buka Maybank2u